Our Journey's.........

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 28

Minyak Ambar Kenanga.

MINYAK AMBAR KENANGA

          (NOT 07060152KE)


NOT07060152KE
RM 19-90 (SM)/ RM 22-90 (SS)
100ml






MINYAK AMBAR KENANGA
Minyak Ambar Kenanga adalah rumusan tradisi Arab yang mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat untuk seisi keluarga dari bayi sehingga ke dewasa.
Ramai yang telah merasai keajaiban dan keberkesanan apabila Minyak Ambar Kenanga membantu melegakan sesak nafas, asma' dan kahak berlebihan didada dan mengurangkan kesengalan, kelenguhan badan, otot, belakang dan pinggang dengan setiap urutan menggunakan Minyak Ambar Kenanga. Disamping melegakan sakit dan kembung perut, ia juga membuang angin serta menyenyakkan tidur.
Kepada yang mempunyai masalah kulit kepala Minyak Ambar Kenanga ini adalah yang terbaik untuk anda kerana membantu melegakan kegatalan kulit kepala, sakit kepala, kelumumur, membersihkan dan mengurangkan ruam kepingan dikulit kepala amat sesuai untuk bayi dan dewasa. Disamping itu, menyihatkan dan menguatkan akar rambut.
Percaya atau tidak ini adalah hakikat bahawa ramai telah mencuba menyapu dikulit muka dan hasilnya sungguh menakjubkan dimana kulit muka menjadi lebih bersih dan jerawat serta pori-pori mengecil dan parut dimuka semakin berkurangan atau hilang. Begitu juga di bahagian badan yang kering atau merekah, seperti tumit kaki dan juga yang terkena gigitan serangga, kudis dan luka berkhatan.




 






Ramuan MINYAK AMBAR KENANGA yang mengutamakan Ilmu Perubatan Islam & Kesufian Islam.


 
MINYAK ZAITUN
Perkataan Zaitun ada Tersebut Dalam Surah An - Nur Ayat 35. Minyak Zaitun baik untuk rawatan kulit & Rambut Dan Rawatan Dalam Sakit Perut, Sakit Kulit Dan Kulit Gatal diSamping mengandung Vitamin E.
  
 
HABB AL-SAUDA
Nabi s.a.w Bersabda " Jadilah Seperti Biji Ketumbar Kerana ia Ubat Semua Penyakit Kecuali Bengkak (Kanser) Dan Maut. Habb Al-Sauda menghapuskan Angin dalam Usus, Demam Dan Penyakit Alahan. Minyaknya digunakan untuk merawat keguguran rambut, Penyakit Kulit, Mengelakkan Pertumbuhan Uban. Antiseptik Dan Menegangkan Kulit.

 
KAYU MANIS
Terkenal dengan pati minyak yang mengandungi eugenol dan berkesan untuk mual, muntah, sejuk badan, sakit sendi serta sakit tulang. Ia juga digunakan untuk serangan mikrob.

 
 


HABBATUS SAUDA
Menurut Bukhari Dan Muslim, Nabi s.a.w Bersabda "Habbastus Sauda mempunyai penawar Bagi Semua Penyakit Kecuali Maut". Ia Kaya Dengan Protein dan mempunyai beta sitosterol sebagai bahan pencegah alahan, antioxidant, antikulat, pembunuh kuman & pengembangan saluran penafasan.

Kapsul Tuju Darah.

TUJU DARAH




Adalah makanan tambahan untuk memulihkan, membersihkan dan mengeluarkan saki baki darah darah kotor yang terselit di saluran rahim sewaktu bersalin sekaligus mengecutkan rahim.

Satu (1) peket / 6 kapsul TIARAH @ TUJU DARAH AK untuk pemakanan 3 hari dan pada waktu pagi sahaja.GANTIAN FUNGSI bertangas atau bertungku.
( 6 ) DLM KKM -163/S/25 Jld 83

Cara makan : 2 kapsul x 1 kali.(pagi)

Untuk 3 hari sahaja.

Kapsul Tuju Meroyan.

TUJU MEROYAN

 
Adalah makanan tambahan untuk mengecutkan batu meroyan, menaikkan rahim serta memulihkan gangguan emosi seperti kecil hati, murung, mimpi buruk dan sebagainya.

Satu (1) peket / 6 kapsul TIMOYAN @ TUJU MEROYAN AK untuk pemakanan 3 hari pada waktu petang sahaja .GANTIAN FUNGSI berparam atau berpilis.
 (2) DLM KKM-163/S/95 Jld 17

Cara makan : 2 kapsul x 1 kali. (petang)

Untuk 3 hari sahaja.

Kapsul Ibu.

KAPSUL IBU
(MAL 07061521TC)



Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin. Pemakanan untuk 60 hari dengan mengambil 2 kapsul setiap hari pagi dan malam.
Empat (4) Botol AK IBU untuk pemakanan 60 hari sahaja dan seterusnya amalkan Produk AK WANITA Ambar Kenanga. AK IBU digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin

Set Bersalin Ibu.




Set Bersalin Ibu Ambar kenanga.
HARGA : RM 150-00 (SM) /
RM 170-00 (SS)

BERPANTANG selepas bersalin @ keguguran.... MEMANG MENYEKSAKAN terutama buat ibu-ibu moden yang bersendirian dirumah tanpa bantuan ibu atau mertua yang uzur.
Berbagai-bagai alasan diberikan untuk melepaskan diri dari berpantang secara tradisional yang perlu makan atau minum ubat pahit, bertangas, berparam, berpilis, bersengkak dan sebagainya.
KINI TIADA ALASAN LAGI kerana kehadiran SET BERSALIN IBU AMBAR KENANGA  telah mengubah segala-galanya. BAGAIMANA? Ikuti Penjelasan kami.
SET BERSALIN IBU AMBAR KENANGA (SBI)?
 SET BERSALIN IBU AMBAR KENANGA pemakanan lengkap 60 hari atau 2 bulan buat ibu-ibu bersalin biasa, bedah dan juga wanita keguguran (kurang setahun) kembali sihat dalaman, mental & fizikal serta memudahkan kehamilam semula menurut amalan perbidanan tradisi Arab turun temurun.
Cuba Set Bersalin IBU AK pantang tetap pantang CUMA TAK PAYAH berparam, berpilis, bertangas, berurut, bersengkak atau pantang melampau TETAPI KESANNYA sama seperti berpantang secara tradisional.
PERBEZAANNYA?
Set Bersalin AK diadun berasaskan rempah ratus seperti ketumbar, lada hitam, cengkih, habbastus sauda, kulit kayu manis dll. Ia mudah, ringkas & tidak banyak produk yang perlu dimakan. Untuk TIGA (3) hari pertama makan TIGA (3) produk sahaja iaitu AK IBU, TIMOYAN @ TUJU MEROYAN & TIARAH @ TUJU DARAH dan seterusnya hanya makan SATU (1) produk sahaja  iaitu AK IBU. Semuanya berbentuk kapsul sayur-sayuran yang mudah ditelah dan larut.
CUKUP KE?
 MEMANG CUKUP sebab setiap kapsul AK IBU  dirumus daripada berjenis-jenis rempah ratus yang mempunyai pelbagai khasiat& kebaikan untuk membaikpulih & menyihatkan kesihatan dalaman wanita bersalin atau keguguran.
SECARA JUJUR, siapa yang pernah habiskan produk yang dibeli? Kebanyakannya tidak & rasa bersalah. Jangan risau pasal berat badan, perut buncit, angin badan, masalah meroyan dan rahim kerana anda pasti anggun, ceria, sihat & berseri selepas berpantang.
KENAPA TAK PAYAH BERPARAM, BERPILIS & BERTANGAS, MACAM TAK BERTRADISI AJE?
 JAWAPANNYA MUDAH SAHAJA! Ambar Kenanga masih mengamalkan fungsi berparam, berpilis atau bertangas. TETAPI yang membezakannya ialah cara amalannya dimana mengikut tradisional Melayu atau Jawa berparam, berpilis digunakan untuk penggunaan diluar sahaja. BERLAINAN PULAK dengan AMBAR KENANGA kerana ia memudahkan fungsi berparam, berpilis dan bertangas tanpa perlu guna luaran. Yang perlu dilakukan setiap pagi ambil dua (2) kapsul TIARAH @ TUJU DARAH  dan  dua (2) kapsul  TIMOYAN @ TUJU MEROYAN setiap petang sahaja selama 3 hari sahaja berserta AK IBU yang membaikpulih badan ibu-ibu bersalin@ keguguran.
 TIMOYAN @ TUJU MEROYAN  mempunyai fungsi yang sama seperti berparam & berpilis untuk mengecutkan Batu Meroyan dan menaikkan rahim ketempat asal  manakala  TIARAH @ TUJU DARAH  berfungsi seperti bertangas untuk mengeluarkan darah-darah kotor yang terselit didalam rahim.
WANITA KEGUGURAN?
Wanita keguguran samada keguguran spontan, perubatan atau paksaan sering mengambil mudah atau memandang ringan penjagaan dalaman semasa keguguran sehingga mengalami pelbagai pemasalahan seperti kesukaran hamil semula, kitaran haid, emosi, keputihan dan lain-lain.
AMBAR KENANGA menyediakan SET BERSALIN AMBAR KENANGA untuk keguguran kurang setahun disebabkan darah-darah kotor yang terselit dirahim masih belum kering dan harus mengambil TIARAH @ TUJU DARAH untuk mengeluarkannya. Seterusnya SET SAYYIDA AMBAR (SSA) berterusan.. Sementara SET SAYYIDA AMBAR untuk keguguran lebih setahun  berterusan.
BILA HARUS MULA SET BERSALIN AK?
1. Ibu-ibu samada bersalin biasa @ bedah hendaklah mula makan kesemua produk SBI AK TUJUH  (7) HARI ATAU SEMINGGU SELEPAS BERSALIN;
2. Wanita Keguguran atau kematian bayi boleh mula makan secepat mungkin.

CARA PENGAMBILAN PRODUK SET BERSALIN AK?
 KETIGA-TIGA PRODUK SBI AK HENDAKLAH DIMAKAN SERENTAK UNTUK KESAN OPTIMA. DILARANG MAKAN BERASINGAN KECUALI ANAK MASIH KUNING @ G6PD AMBIL TIMOYAN & TIARAH DAHULU.  !!
LAPAN -  SEPULUH  HARI SELEPAS BERSALIN
PAGI :-  Ambil dua 2 kapsul AK IBU & dua  2 kapsul TIARAH @ TUJU DARAH selepas makan selama TIGA (3) PAGI berturut-turut.
PETANG :- Ambil dua (2) kapsul TIMOYAN @TUJU MEROYAN dengan segelas air suam selama TIGA (3) PETANG berturut-turut dan patuhi WAKTU MAKAN (   5 petang sehingga 7 malam sahaja ).TUJU MEROYAN  MESTI DIMAKAN SEPERTI BERDIRI MENYOROK DI BELAKANG PINTU ( mengikut petua).
MALAM :- Ambil dua (2) kapsul AK IBU sebelum tidur.
PENERANGAN : Menurut nenek moyang kami batu meroyan terletak ditempat yang menyorok. Kita mesti makan berdiri :- satu senaman untuk menaikkan rahim & batu meroyan serta melancarkan darah. Ibu selepas bersalin mengalami tekanan emosi yang tidak menentu disebabkan kitaran hormon.Jadi memerlukan suasana tenang dan bilik merupakan suatu privasi serta tempat baik untuk merasa selamat  dan timbul rasa riang.
HARI KE SEBELAS & SETERUSNYA
PAGI :-  Ambil dua 2 kapsul AK IBU selepas sarapan pagi; dan
MALAM :- Ambil dua (2) kapsul AK IBU sebelum tidur.
AMALKAN JUS AMBAR & MINYAK AK SEMASA PANTANG?
Memandangkan produk SBI hanya dimakan selepas tujuh (7) hari selepas pantang amalkan dahulu dengan meminum JUS AMBAR  sebanyak 3 botol sehari pagi, petang & malam. JUS AMBAR adalah gantian kepada air akar kayu yang memberi kesegaran dan kelegaan serta merta atas keletihan, beri  tenaga, pening, sembelit dan sebagainya.
MINYAK AMBAR KENANGA elok disapu pada bayi agar tidak kembung, batuk dan kulit yang cantik. Buat ibu pula boleh digunakan sebagai minyak urut dan sentiasa sapu ditelapak kaki  untuk beri kelegaan.
KESAN KEPADA BAYI ?
 Insyaallah Bayi tidak akan kembung kalau disapu dengan MINYAK AMBAR KENANGA diperut & betis bayi. Bayi akan mengeluarkan najis kerap pada minggu pertama atau kedua, ini adalah untuk mencerna sisa dihati serta menguatkan sistem pertahanan hati. Sekiranya teruk, dinasihati berjumpa doktor kanak-kanak.
Sekiranya Bayi Kuning , ibu hendaklah berhenti sementara makan produk-produk SBI AK dan beri bayi serta ibu minum air glukosa tanpa perasa. Insyaallah berkurangan. Bila berkurangan teruskan semula pemakanan produk SBI AK . Apa-apapun dapatkan tahap ketinggian sakit kuning bayi sebelum keluar hospital.     
        
CARA MAKAN SEKIRANYA BAYI MASIH KUNING @ PENGHIDAP G6PD ?
 ISEKIRANYA BAYI MASIH KUNING selepas 7 hari, ibu hendaklah mengambil TIMOYAN & TIARAH SAHAJA dan bila sudah berkurangan boleh amalkan AK IBU seperti biasa iaitu 2 pagi & 2 malam.
SEKIRANYA  BAYI MENGHIDAP G6PD, ibu   boleh amalkan TIMOYAN & TIARAH SAHAJA dan selepas habis pemakanan TIMOYAN & TIARAH , amalkan AK IBU  SATU ( 1)  kapsul AK IBU setiap malam selama 3 hari. Diikuti dengan 1 kapsul AK IBU pagi & malam. Seterusnya, amalkan seperti biasa 2 kapsul pagi & malam.
Nasihat kami kepada ibu yang mempunyai anak penghidap G6PD kadang kala memberi susu alternatif lebih baik daripada susu ibu agar bayi tidak mudah mendapat kuning yang boleh merosakkan tumbesaran bayi. Ibu juga harus menjaga kesihatan dalaman agar sentiasa sihat & ceria tanpa perlu risau akan kesihatan bayi anda.
KENAPA TAK PAYAH SENGKAK RAHIM?
Pada pandangan kami, sekiranya anda ingin mengurut silakan tapi pastikan bukan dibahagian perut atau rahim. Ini adalah kerana rahim mengalami kecederaan dan kebengkakan apabila melahirkan bayi. Jangan risau sekiranya ingin disengkak,ia boleh disengkak setelah enam ( 6)  bulan apabila semua urat-urat dan kesihatan dalaman kembali normal.
Kalau tidak disengkak tiada masalah sebab produk-produk SBI AK dan SSA  memadai dan mencukupi kembalikan rahim ketempat asal TANPA PERLU DISENGKAK. Apa-apapun kami menghormati keputusan yang anda buat.
BOLEH PAKAI BENGKONG/BARUT?
Ramai yang risau sekiranya tidak memakai bengkung takut  perut buncit, megeleber dan macam-macam. Sebenarnya perut buncit selepas bersalin disebabkan rahim mengalami kebengkakan serta kecederaan.
Percayalah ia tidak memberi sebarang kesan samada pakai atau tidak! Sebenarnya pemakanan dan amalan yang sihat semasa dalam pantang dan sesudah amatlah penting. Amalkan minum air masak segelas setiap sejam agar perut kempis & pecah lemak. Apa-apa pun keputusan ditangan anda.
 PRODUK SELEPAS PANTANG?
Menurut kajian, kesihatan dalaman ibu-ibu bersalin @ keguguran akan kembali normal sekurang-kurangnya Enam (6) bulan dari tarikh bersalin@ keguguran. Jadi penjagaan ibu bersalin @ keguguran bukan sahaja semasa dalam pantang tetapi seharusnya berterusan untuk mengembalikan stamina dan memudahkan kehamilan semula.
Selepas habis pantang , amalkan SET SAYYIDA AMBAR  berterusan untuk kekuatan kesihatan dalaman berterusan.

LARANGAN!!!
SEMASA MENGAMBIL SET BERSALIN IBU AK, DI NASIHATKAN ELAK MENGAMBIL SEBARANG PRODUK MAKANAN ATAU MINUMAN YANG BERASASKAN HERBA & AKAR KAYU.
PENGAMBILAN LEBIHAN & PERCAMPURAN PRODUK-PRODUK HERBA AKAN MEMBERI KEMUDARATAN DAN/ATAU KERACUNAN KEPADA ANDA!!!
 SEKIRANYA MENGAMBIL UBATAN DOKTOR, SILA JARAKKAN MASA SELAMA TIGA (3) JAM SEBELUM MAKAN PRODUK SBI AK !!!
. NASIHAT/PETUA?
 1. Habiskan ubatan doktor dan REHAT SECUKUPNYA. Dilarang menjerit, mengangkat benda-benda berat serta terperanjat selama dua (2) minggu .Ini akan menyebabkan pertumpahan darah atau bentan. Sekiranya berlaku pertumpahan darah yang banyak pada minggu pertama & kedua sila minum JUS AMBAR dan segera berjumpa doktor.
2. Anda bentan , titik bawang putih dan digosok disetiap jari kuku kaki & tangan ,minum JUS AMBAR dan sapu MINYAK AK.
3. Mandi sekali dalam sehari pada waktu pagi sebelum pukul 9.00 pagi dan sebelah petang lap badan dengan tuala basah & kering. Untuk elak angin sejuk masuk dalam urat & badan dan badan menjadi Boyak.
4. Minum air suam sekurang-kurangnya 2- 3 liter sehari atau setiap sejam satu gelas sehingga 8 gelas sehari. Elakkan minum air nenas, oren. limau, assam, kopi, teh dan bergas. Minum air suam dapat menambah air susu, mengembalikan darah yang hilang dan membuang toksik agar badan kembali normal atau kurus.
5. Minum air suam/kosong tidak akan membuat anda boyak atau rahim kembang kerana ia tiada kalori dan akan cepat merawat rahim serta luka-luka dengan segera. Yang membuat anda boyak ialah pemakanan dan amalan kehidupan yang tidak sihat seperti lebihan garam.
6. Water retention atau lebihan air dalam badan disebabkan minum air suam/kosong banyak? MENGARUTLAH, sekiranya terdapat air lebihan / water retention dalam badan ini bermakna anda mempunyai masalah buah pinggang kerana fungsi buah pinggang salah satunya adalah untuk menyingkir lebihan air didalam badan.
7. Tanda anda kurang air ialah apabila anda rasa dahaga,pening & cepat letih.. Air suam/kosong tiada kalori ia membantu memecahkan lemak dan meningkatkan metobolisme badan anda. Badan kembali sihat, cergas dan langsing.
8. Minum juga air madu setiap pagi pastikan yang asli atau organik tanpa campuran gula tambahan untuk memberi kekuatan kesihatan dan minda. Amalkan minum air segelas dan makan buah-buahan sebelum makan makanan pagi , tengahari dan petang. Selepas selesai makan pagi, tengahari atau malam cuba berjalan dengan mengambil 80 langkah baru berehat. Dan hanya minum air suam  30 minit atau sejam selepas makan. Jangan berulam air semasa makan.
9.Ambil sayur-sayuran yang dicelur, direbus, kukus atau digoreng, hindari makan sayur-sayuran mentah untuk pastikan kebersihan yang kadang-kala buat perut kembung atau rasa sebu.Makan juga buah-buahan seperti betik, guava, pear, anggur dan lain-lain.
10. Amalkan pemakanan seimbang dengan memastikan setiap hidangan ada kaborhidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan manis, masin & berlemak. Insyallah pasti kembali langsing & perut kempis.